Tuesday, February 2, 2010

Cik Jalan-jalan

Selamat Pagi semua.

Awal betul sampai office hari ni. Nak tido, rasanya semalam dah tidur secukupnya. Ape lagi kerja Cik Ayu kalau bukan godek pc ni. Time free macam ni lah perlu digunakan untuk clean-up my desktop and hardisk. Sambil-sambil buat budget untuk bulan February dan tampal kat board. Lagi satu, prepare surat. Surat ape? shhhhhhs...surat rahsia.

Tengah Cik Ayu membersihkan desktop dan juga hardisk Cik Ayu yang tak berape nk kotor ni, terjumpa dua folder yang belom Cik Ayu transfer ke main hardisk. Dua folder tersebut baru di-create last Monday. Folder pertama di-tag kan sebagai Zainab da Sailormoon dan folder kedua di-tag kan sebagai Joyah da Power Puff Girl. Classic kan name folder-folder Cik Ayu. Ape isi dalam folder-folder tu. Ni nak cerita ni:

Sabtu-30th Januari 2010

Hari yang dah lama Cik Ayu tunggu-tunggu. Penat plan at last only 3 of us able to make it done.

First of all, thanks for Cik Ayun, Cik Irda, Cik Amy and Cik Awie, coz all of them make my day such a wonderful day for last Saturday.

Lebih kurang jam 11 pagi, Cik Ayu jemput Cik Irda dan Cik Ayun di Stesen LRT Damai. Topik 1st lepas diorang masuk kereta, diorang tanye mane Ferrari Cik Ayu. So, jawapannye, Ferrari dah tua dan tak dapat berkhidmat dengan baik kepada tuannya. Cik Ayun sangat kecewa sbb tak dapat nak dengar bunyi ekzos Ferrari Cik Ayu yang vroom vroom.

Perjalanan di teruskan ke Mines, Seri Kembangan. Sepanjang perjalanan tu macam-macam topik dibualkan. Sampai tak ingat dah ape yang kitorang borak. Sangat seronok.

Sampai di Mines, tak yah cakap la, manusia punya la ramai. Tambah plak nak raye ni. Parking sampai luar. Dalam hati dah rase macam nak patah balik dah. Alhamdulillah, management Mines ni memang bijak buka x-tra parking kat wing baru. So dapat la kitorg parking Lancer Cik Ayu di sana.
Sampai sana pun dah dekat pukul 12 tengahari. Cik Irda dan Cik Ayun dah lapar. Better pegi makan dulu. Nak jalan-jalan dengan perut kosong tak best pulak. Cik Irda suggest makan kat Nando's sebab Cik Ayun nak makan nasi. Because of this is her first time, Cik Ayun pun agree untuk makan di Nando's. Cik Ayu pulak dalam kepala tengah fikir, cukup tak ongkosku. Kene budget ni.

Kat Nando's sambil tunggu makanan sampai, kitorang buat name puzzle macam last entry Cik Ayu cerita tu.Tengah kusyuk makan Cik Awie call cakap die dan Cik Amy nak datang. Suke sangat sebab lepas ni kitorang plan nak gi main bowling.Kalau main ramai-ramai baru havoc. Alamak teringat kt havoc_girl la.

Sementara tunggu Cik Awie dan Cik Amy sampai, kitorg tengok jam dah masuk waktu Zohor. Alhamdulillah kitorang masih diingatkan dengan tanggungjawab penting.

On da way nak ke surau dapat call dari Cik Awie. Cik Awie cakap die dah nampak Cik Ayu. Tapi malu nak join coz die cakap tudung kitorang same. Memang sangat. Tapi different type. Dah la tudung tu Cik Ayu yang jual kat Cik Awie.

Selesai solat, kitorang pun gerak ke tempat bowling. Punya lah ramai manusia kat situ especially budak sekolah. Kitorang pun tumpang sekaki payung. Tapi kene tunggu turn sebab sume lane penuh. Tak pe lah, sebab dat time we all no 3 dalam waiting list.Before main sempat suruh Cik Amy lengkapkan name puzzle yang lom siap. Just left 2 names to be complete.

Tengah tekun siapkan name puzzle


At last we manage to complete the name puzzle

Just nak lepas gian. Kitorang main satu game saje. Memule tu Cik Amy dan Cik Awie tanak main. At last mantop gitu. Terre rupenye Cik Amy kite ni. Mesti selalu main dengan geng Kastam.

Cik Irda ajar Cik Amy main, Spare kot
FYI, Cik Amy kite ni sekarang bekerja di Kastam. Dekat sangat dengan office Cik Ayu tapi kitorang tak penah jumpa. Sangat jelous bile dapat tahu hari Isnin ni beliau entitle for cuti Hari Wilayah. Padahal opis sebelah je. Cik Ayu tak dapat cuti :(
Cik Irda pula, sekarang ni jadi Tutor di UITM Cawangan, Kolej Alamanda. Memang sepesen dengan Cik Ayu. Cik Ayu selamanya TM. Cik Irda ni selamanya UITM.

Cik Ayun pulak tengah training dengan GEMS, Khazanah Nasional Berhad.

Cik Awie masih lagi dibangku sekolah. Eh tak la, di tangga kejayaan. Tak lama lagi Cik Awie pun akan melangkah ke alam baru. Bukan alam perkahwinan tau. Alam kerjaya. Chaiyok chaiyok Cik Awie.

Cik Ayu, tak yah cakap la. Membosankan.

Semasa main dan selepas main sempat lagi possing-possing di situ. Malas nak upload piccas kat sini banyak-banyak. Nak tengok pic kitorang sila ke my FB. Kat sana ada pics kitorang dari awal pagi hingga tengah malam. Just some piccas untuk jamu mata.


Time tengah tunggu turn nak main, sempat suruh couple budak-budak amik kan gambar kitorang. Memang sangat teserlah ke gemuks kan....

Ni time tengah tunggu Cik Irda dan Cik Ayun g toilet. Nak tumpang sekaki payung kat toilet tu punya lah ramai. Akibatnya, kat luar tengah2 lalu lalang tu kitorang sempat lagi touch up make up.

Cik Amy pon tak lepas peluang nak poyo-poyo. Dah lawa dah pon. Orang lalu lalang tengok kitorang pun heran. Nak kata artist, artist nasyid pon tidak. Nak kata pelakon, dulu mase tadika je penah belakon.

Before keluar dari bowling pun kitorang sempat snap-snap gambar. Ni kire gambar last kitorang berlima spend time together. After that, Cik Awie dan Cik Amy terpaksa balik sebab Cik Amy nak balik study. Esok nye die ade exam.Excuse di terima.
Selepas tu, kitorang meneruskan agenda dengan cari barang Cik Ayun.Banyak juga gambar lepas main bowling. Tapi tak dapat nak upload la. Gambar-gambar dalam handset lg. Tak sempat nak transfer.
Dah penat borak-borak, kering rasa tekak ni kan. Cik Ayun dengan baik hati belanja kitorang Sundae McD.
Lepas tu continue agenda cari kasut untuk Cik Ayun. Punya la cerewet Cik Ayun memilih kasut. Boleh geng. At last dapat juga Cik Ayun sepasang kasut. Lepas tu, kitorang naik balik kedai yang kat sebelah kedai Cik Ayu beli dress sebab Cik Irda nak beli baju pulak.
Cik Irda pun dapat sehelai baju. Sangat jelous sebab Cik Ayu tak dapat beli apa-apa.
Asyik sangat besopeng sopeng, terlupa nak solat asar. Tapi masih ada masa. Terus berkejaran ke surau. Sebabkan dah agak lewat kitorang decide nak tunggu solat maghrib terus. After that leh la bersuka ria dengan tenang. Sambil tunggu sambil try contact Cik Yus tanya dia di mana. Cik Yus on da way back home.
Plan asal memang nak ajak Cik Yus join sekali. Tapi Cik Yus ni, time orang ajak jumpe time tu la die ade plan lain. Sound good bile dengar Cik Yus dah nak balik rumah. Kitorang SMS die ajak makan malam same. Cik Yus pun agree.
Oleh kerana agenda kitorang sopeng-sopeng lom lagi lengkap, kitorang bagi tau Cik Yus once kitorang dah nak gerak dari Mines baru Cik Yus keluar rumah.
Agenda terakhir kitorang di situ adelah ke Giant. Cik Ayun nak beli barang rumah. Al maklum lah Cik Ayun kan baru berpindah ke sini. Kelengkapan dan kemudahan masih belum cukup. Ada juga perkara yang tidak di ingini berlaku semasa di Giant. Tapi mood menaip dah mule berkurangan. Malas la tu.
Nak dipendekkan cerita, kitorang akhirnya dapat jugak berjumpa dengan Cik Yus. Memula Cik Yus ajak gi Lot 10 la SOHO la tapi sume kitorang reject sebab poket dah kering. Sape-sape yang pernah ke SOHO mungkin tahu berapa budget kalau makan di situ.
Akhirnya kami dinner di Anjung sahaja. Not bad makanan malam tu. Selalunya tak la best sangat. Rupa-rupanya, Cik Yus nak belanja makan. Alamak ruginya tak ke SOHO. Patut la makanan kitorang jadi sedap. Tu tandanya Cik Yus memang ikhlas la tu nak belanja kitorang.
Time lepak dengan Cik Yus, topik tempat tusyen plak jadi bahan borak. Kitorang kan tusyen sekali. Feveret cikgu time tu sape lagi kalo bukan Cikgu Halim. The best word from him:
"Maaa cam mana...."
Only us know how he will say that phrase....thanks cikgu, I manage to score A for Add Math and Modem Math for my SPM.
Lepas makan, tengok jam almost 11pm. Heran juga sebab kalau tidak tepon Cik Ayu ni abis batery sebab orang asik call je tanya bila nak sampai rumah. This time my batery flat coz taking a lots of piccas.
Plan memule nak hantar Cik Irda di Stesen LRT then her housemate will fetch her at KL Sentral. Alamak, kalo pukul 11 malam baru naik tren agaknya pukul berapa Cik Irda akan sampai di KL Sentral. Terus ke Old Klang Road hantar Cik Irda balik.
Lepas hantar Cik Irda, tugas Cik Ayu menghantar Cik Ayun pula. Kesimpulannya, Cik Ayu lah orang terakhir sampai dirumah :(.Terakhir pun tak apa sebab Cik Ayu happy sangat. Tak tau nak cakap camne. Orang cakap kalo sekali-sekali macam ni jumpe memang appreciate dari selalu jumpe bosan.
Nota kaki :
Next entry nak cerita tentang Aku dan Kawan-kawan kampus pulak. (eh cik ayu tuaku la..hahaha)

Sunday, January 31, 2010

5 Zainab


Korang pernah buat tak macam ni.

Having lunch together wif your x-school mate...

Then list down semule name kawan-kawan yg pernah sekelas dengan korang.



This is our first activity during our reunion at Mines Wonderland, last Saturday.

While waiting 4 da food,

We try our best to list down all da name.



Luckily...only 2 names missed out...

It's ok...leter will ask Aimi to try it.

TAHNIAH Aimi kerana berjaya melengkapkan name puzzle tu.
To Che Mah n Miza (if both of u read my blog la)
We are apologize because forget your name.
K lah stkt ni dlu.
Byk lg xtvt kitorg yg sgt best.
Nanti kalo rajin update lg.

Foot Note : Can't wait for Majdah Wedding Ceremony...

Tuesday, January 26, 2010

Budaya 1

Adakah ini yang diamalkan di tempat kerja anda....?

Thursday, January 21, 2010

Nota di kala subuh

Sekarang tepat pukul 6.57 am di mana sy pasti majoriti masih lagi dibaluti selimut.But,not me.Entah kenapa otak ini asyik berpusing. Selalu sangat memikirkan sesuatu perkara itu dengan seteliti-telitinya. Adakah ini normal? Bila ada sesuatu yang merunsingkan minda,Minda ini akan sentiasa mengeluarkan perkataan² mahupun gambaran yang tidak dipinta. Lihatlah dahiku yang semakin berkerut. Ada kaitankah? Ini mungkin adalah suatu kekuatan tapi mungkin juga kelemahan saya sebagai manusia.Muhasabah diri? Yess..thats the right way.Muhasabah diri ini bagus. Betul? Tapi sejauh mana AKU dan kamu semua perlu muhasabah diri?Sehingga kini masih lagi minda saya muhasabah diri walaupun tanpa dipinta.

Antaranya :

* Sudah masuh tahun ke 24 apakah sumbangan diri kepada agama, Negara, Masyarakat
sekeliling dan keluarga
* Sudahkah aku menjalankan tanggungjawab aku sebagai manusia
* Sejauh Manakah Tanggungjawab Sebagai Seorang Hamba Allah S.W.T?

Adakah soalan² ini perlukan jawapan aku?

Nantikan episode seterusnya ..... :D

Semoga 2010 akan ada banyak sumbangan kita kepada Agama, Bangsa dan Negara.
Dengan erti kata yang lain sumbanglah sebanyak mungkin. Susahkah?

Nota kaki : Happy Birthday to Q

Wednesday, January 20, 2010

Camat Pantin Baru Bro Elmy

Last week selamat lah sudah berlansungnya
Majlis Pernikahan sepupu aku....
Elmy Fairuz dengan pasangannye Natasha Eranza not sure da spelling of her name
To Kak Tasha Welcome to our Family
Nice knowing you!!!

Btw...no pictures yet...
Nice wedding theme

Yang ade gamba pown...
Cucu cucu atok's yang makin tembssss
Click click...
Introducing my noty cousin...Nany nonek
Owes touching touching...tetttttttttt
Me and mak cu Nany yg dah mule busan dgn food
Tu maknenye ape?

Lom cukup corum ni...
Not in da pic others Dato' Harun cucu's
Afiqah, Aina, Amira, Asyrifah, Athirah

Si tembam-tembam

Kalo atok ade sure proud wif us....

Aksi Si Syepet

Nama caye Muhammad Dziqri Syamil
Hari ini saya dipaksa makan limau
Saya tak suke makan
Tapi setelah mencuba...
Cubaan pertama...
Ermmm..sungguh enak

Cubaan seterusnya...
Tambah menyelerakan lg bila cik Ayu nak amik gamba sy!!!

Lewat Genap 50 hari

Ape nk jadi dengan aku ni...
Asik terlupe jer birthday orang...
Am I too busy???


Ape perasaan aku kalo orang lupe birthday aku...
Walo camne pon.
Happy belated birthday to Wan Nasrul Ikhwan
Genap 50 days OK...!


Letak skit muke orang bangge dah panjat Kinabalu!!!