Tuesday, June 15, 2010
Gadis Hilang Punya Cerita
Thursday, June 10, 2010
Monday, May 31, 2010
Hairan
Aku hairan dan bingung, terus aku salahkan diri sendiri yang sememangnya jahil dan serba lemah. Aku akui, aku bukanlah manusia sempurna, sebabkan itu aku akur dan kadang-kadang terasa ingin mengalah. Bukan bermakna aku KALAH dan SALAH.
Setiap kelapangan yang ada aku habiskan dengan membaca. Apa saja yang terlintas diminda akan aku cuba dapatkan informasinya. Termasuklah membaca luahan, tulisan dan ragam-ragam rakan-rakan blogger. Sekarang aku selalu menjengah ke blog rakan blogger aku Qaiyum. Tulisannya amat menarik. Selain blog Abah. Ada isu atau info yang aku kurang faham, google akan menjadi teman setia. Terima kasih google.
Masih ada ruang yng perlu diisi sementara menunggu jam menunjukkan pukul 530 petang. Jari-jemari masih lagi aktif menekan hyperlink di facebook dan juga blog-blog kegilaan. Detik terakhir sebentar dr sempat aku click pada salah satu link di blog aku. Itu adalah kebiasan. Tiada langsung niat negatif.
Aku tesentak. Orang tua-tua selalu berkata, "siapa yang makan cili dia lah yang terasa". Aku terasa mean aku makn cili ker? Apa kaitannya. Why so serious.
Aku review semula tulisan aku yang sudah-sudah yang aku fikirakn puncanya. Perlu aku reveal kan di sini. Memang ya tulisan itu ada kaitannya dengan kamu. Dan itu pengakuan ku secara ikhlas yang aku amat terasa. Terumata tentang pemergian nenda mu. Aku hairan kenapa setelah 2 minggu lebih baru aku tahu...itu pun bukan secara rasmi. Hanya dengar khabar-khabar angin. Dimana teman yang lain terumata kekasih hati kamu. Mustahil die juga tidak tahu. Salah ker aku diberitahu? Aku mungkin tidak mampu untuk ke Kampung kamu. Tapi apa yang membuatkan aku terkilan...aku tidak tahu dan aku tidak dapat sedekahkan al fatihah.
Mana sahabat kami lagi seorang. Dia pun tidak tahu? Habis kenapa kakak dia tahu? Mustahil kan?
Kalau anda di tempat saya bagaimana...mungkin ada yang akan kata "kau ni mengada-ngada". OK fine...
Sejak peristiwa itu aku sering mengenangkan kamu yang semakin jauh. Itu sahaja.
itu isunya....
Aku tak pernah menghukum kamu....kalau aku menghukum dan membenci kamu...aku tak akan ke Shah Alam suatu ketika dulu. Padahal aku ada family gathering yang lebih penting. Bagi aku kamu juga menjadi keutamaan. Stress dengan jam di Federal Highway tapi aku sampai juga ke tempat kamu...walaupun malamnya aku perlu ke tempat yang lebih penting.
Aku cuma hairan, jika betul tulisan itu ada kaitannya dengan aku, kenapa begitu sadis bunga bahasanya. Aku yang salah faham atau memang ada aku lakukan sesuatu...
Apa sebenarnya yang membuatkan kamu berapi...pelik betul...kerana tulisan kedua aku ker?
Tulisan kedua aku juga kerana aku hairan. Tulisan balasan kamu membuatkan aku tertanya. Itu pun jika tulisan itu ditujukan kepada aku. Apa yang aku rahsiakan..? Jika ada aku rahsiakan sesuatu mungkin tiada kaitannya dengan kamu....aku hairan perlu ker aku ceritakan segalanya sehingga tiada langsung batas aku dengan kamu?
Hai...malasnya nk fikir tengah mood happy2 ni...aku ni tak la kejam sangat...aku terasa hati macam mana pun aku lintas shah alam aku call jugak...kot ade peluang nk jumpa...aku keras hati jugak ker...aku ni bersedia saja...tengah malam pon boleh jer nak jumpa...tapi aku saja ker yang kena bertindak...aku tak kesah IF MMG TANGGUNG JAWAB AKU...nk kene pegi jumpa kamu...mintak maaf atau melutut sekali pon...aritu pon terima kasih sbb reply sms aku...memang la dah half way nk sampai rumah...tapi bila aku rasa tak skit pon telintas kamu nak bertanya aku nak " jumpa ker" terus jadi tawar hati. Aku bersedia saja time tu nak patah balik...So, aku ke yg ego? Siap aku kene perli dengan aunty lg..."Terasa hati bukan main lg, tapi masih ada hati nak jumpa". Well aku sentiasa letak kamu dihati aku..
Sunday, May 23, 2010
KEBAHAGIAAN DALAM PERPISAHAN
Kerna lantang terbaca dari muka
Kau dan daku sudah tiada
Keserasian di jiwa
Mungkin magisnya sudah hilang
Tak perlulah kita mencuba lagi
Betulkan kesilapan perhubungan ini
Bila setiap perbincangan
Menjadi perbalahan
Manakah agaknya cinta pasti
Chorus:
Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar di sinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur
Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama oh semakin rekah
Menimbulkan tanya, apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan..
Usah titis air mata kau tangiskan
Ku dah cukup menampung selautan
Begitu lama ku pendam
Tapi hanya berdiam
Kerna cuba menafi realiti
(ulang chorus)
Kebahagiaan.. dalam perpisahan..
Friday, May 21, 2010
Dear "U"
Wednesday, May 19, 2010
Cik Abah sangat hebat
Mood berblog datang kembali. Kalau boleh setiap saat nak di-update.Tapi otak ni still kering kontang. Agaknya otak ni just ingat command-command html & Java jer kot.
Every night sebelum tido, mesti blog walking ke blog blogger lain. My favourite blogger is My Dad la. Memang la Abah aku ni hebat orangnya. Nampak jer macam hati kering. Padahal Abah aku ni kadang-kadang umpama "Dalam Hati Ada Taman" jugak...Ya ampun Cik Abah.
Sedikit membosankan sebab blog Cik Abah ni asyik cite memory dia dekat Ipoh tu. Well, anak-anak Abah sangat paham, dr Ipoh la segalanya bermula kan. Abah mula belajar berdikari, jauh dari family, study smart and play hard with friends.That's why Cik Abah sangat-sangat lah sayangkan memory dia di Ipoh tu especially STAR. Pastu kenal Cikgu Mama pun di Ipoh kan...So sweeet.
Apa bende sebenarnye ni. Sebenarnya aku nak cakap, aku kagum cara Abah aku menulis and mengarang. Bunga bahasa Abah especially English sangat mudah difahami. Tapi kenapa tak tumpah kuah ke nasi. Jelesnye.
Nak request kelas menulis dan mengarang dengan Abah lah. At one time dulu Abah selalu pesan if menulis jangan guna bahasa SMS. Nanti terbiasa.Agaknya sebab tu la penulisan aku teruk. Teruk after SPM. Before that, Penulisan anak Tn Hj Amran sangat bagus OK. Selalu je masuk pertandingan menulis essay. Sape yg encourage if not Tn Hj Amran sendiri. Ade jugak la kuah yang menitik ke nasi kalo gitu yer.
I miss my abah, my mama & sibling so much!!!
Tuesday, May 18, 2010
23 berwana MERAH.
Sekali sekali borak sampai pecah perut ni boleh buat kita hilang rasa stress...bukan hilang KURANGKAN. Kalo hilang maknenye dh tk stress dah lepas tu. Tapi aku masih lagi dalam keadaan stress yang tidak melampau dan keterlaluan.
Di lokasi rahsia Me, Che Tukang Hibur (atau lebih dikenali dengan nama tettttt), Che Engineer , Che Dokte, & Che Tukang Kipas telah berjanji untuk bertemu. Oleh kerana waktu habis kerja yang berbeza kami fix kan pukul 9 berkumpul di tempat rahsia sekitar Bandar Utama...(nak bagitau hint jugak tu).
Kami memang on time. At 9pm on the dot sume dah gather. Nak makan rs macam dah lewat. So, kami minum saja + Chicken pie dr opis yg tak abis. Tetibe Che Tukang Kipas yang sememangnya semakin menambah berat badan meng-order mee goreng + no taugeh.
Upacara gelak ketawa bermula apabila mee goreng yang di order dihidangkan bersama taugeh.
Tukang kedai : mee goreng cik?
Che Tukang Kipas : yes
Tukang kedai : selamat menjamu selera
Che Tukang Kipas : Damn #$%^&* taugeh
On the spot kami berempat bantai gelak sampai Che Engineer sembur kopi ais kene muka aku yang tengah dalam process nk naik jerawat. (Ko berus gigi ker tak, nanya aku kalo ko tak berus gigi. Lagi banyak la jerawat aku nanti)
Gelak ketawa selama 6 minit 32 saat.
Che Tukang Kipas : &*^%$%^&* punya tukang goreng mee...aku dah cakap tanak taugeh.
Che Tukang Hibur : Nasib kau la labi...ko mmg akan dpt benda yg ko tanak.
Che Tukang Kipas : Potong mood aku jer.
Cerita taugeh pon keluar....mmg masih segar bugar dalam ingatan CERITERE TAUGEH itu.
Boleh pulak time-time tu jugak Che Engineer yg tak berape senonoh ni bukak cerita taugeh tu.
Tapi time tu aku tengok laju jer Che Tukang Kipas melahap mee goreng berTAUGEH tu.
Aku tgk pie aku pon naik tk lalu walaupun pie tu tak der taugeh...mengenangkan CERITERE TAUGEH. Die selamber je boleh abis kan mee goreng tu. Che engineer bercerita siap dengan gaya macamana TAUGEH tu punya movement. BODOH LA...
Che Dokte memang sah-sah akan gelak guling guling macam emoticons YM yang kene tekan command macam ni ---> =)).
Che Tukang Hibur pulak siap nyanyi nyanyi lagu sendiri sbb tengah berusaha nk tuka topic.
Che engineer kalo lawak tk senonoh tu mmg die akan panjang-panjangkan.
Ok...keadaan tenang seketika.
Che Dokte : Penat a keje, jom g holiday.
Che Tukang Hibur : Aku exam la
Me : Weih...releks...aku baru abis duit ni...tunggu cover poket dulu kot yer pon.
Che Engineer : Kite g Langkawi nak? Aku g langkawi time LIMA baper tahun lepas kot.
Che Tukang Kipas tetibe bantai gelak...sambil bersuara "time LIMA yer bro, bukan last week ko baru blk dr langkawi ker?"
Hahahaaha...Che Engineer terkantoi...
Che Engineer : what i mean is kite g langkawi same2 time LIMA...
Awan dikepala aku n Che Tukang Hibur.
Aku pandang Che Tukang Hibur, Che Tukang hibur pon pandang aku....
Cerita bilik kecil berwarna biru dan juga Swimming Suite berenda....kah kah kah kah.
Lagi cite lame yg aku tk leh lupe...cite tu dh 10 tahun rsnye...boleh pulak Che Tukang Hibur cite kt yang lain ni. Memang kene bantai gelak la sampai subuh.
Siap mase tu Che Dokte berimiginasi bagaimana situasi itu berlaku....
Macam-macam soalan cepu cemas yg kuar...mati aku nak jawab...sbb aku yg melalui peristiwa itu....damn @#$%^&*
Adoi la....abis mase lunch aku update blog ni...
Kami teruskan cerita mase kami sume selected to English In Camp. Wow...aku tak akan lupa beb.aku ingat lg cheer group aku time tu
EVERYWHERE WE GO
second line ni lupe jap
WE ARE THE CHAMPION,
WE ARE THE CHAMPION....
Memang time ni la kami lima orang build our friendship till now. The word CHAMPION tu la yg bakar semangat kitorg nk berjaya. Mase camp tu, one of the motivator tu cerita "setiap anak yg lahir kt dunia ni adelah CHAMPION sbb berjayanya persenyawaan sperma dan ovum..." dan selanjutnya.
From time tu time kitorang raih kejayaan masing-masing. Kalau tak, tak akan ade nye CHE DOKTE, CHE ENGINEER, CHE TUKANG KIPAS, CHE TUKANG HIBUR aka CHE LAWYER n ME...aku dh berjaya ker....?
Everytime jumpa mmg kami 5 org akan ingat kisah camp tu. Mase camp tu lah terciptanya no 23 berwana MERAH.
Atas permintaan Che Tukang Hibur gamba muka tidak boleh ditayangkan



