....entry kali ini merupakan sambungan kisah boring seorang peniaga jalanan.
Pukul 11 malam
Encek H: Miss cun janji nak dtg. Mane die?
(Fikirkan bile miss cun telah berjanji)
Miss Cun : Maaf lah encek H, saya kurang sehat. Terus balik rumah nak rehat. Lain kali kalo saya available sy contact ok.
Perbualan terhenti di situ dan bersambung ke esokkan harinya ketika Miss Cun berada di Cineleisure, Damansara.
Penulis bersama rakan-rakannya menonton muvie dan menemani rakan sejawatnya bergambar sakan di tengah-tengah lautan manusia yang jakun melihat pokok christmas plastik.
Encek H : Hi Miss Cun. Di mana?
Miss Cun : Di Cineleisure menonton wayang.
Encek H : Oh, menonton wayang sehat pula ya.
Miss Cun : Dah kurang dah sikit. Bukan nya sakit nk mati pon.
Encek H : Kalo begitu jom jumpa di Sunway. Sy tunggu dalam masa 30 minit.
Miss Cun : Nanti sy tanya kawan sy dahulu. Kalo die nk ke sana sy contact.
Dalam 15 minit kemudian.
Encek H: Dah dekat mana. Sy tunggu ni. Cepat skit yer. Ramai Client ni.
Miss Cun : Maaf la, kawan sy tanak ke Sunway. Lain kali la. Entertain la customer lain dulu.
Encek H : Cakap tak supe bikin la Miss Cun ni.
Tengah Malam nye....
Encek H ber sms dgn Miss Cun.
Encek H : Dah berapa kali saya di tipu oleh Miss Cun. Sy harap esok pg kite boleh jumpe.
Miss Cun : Bila masa sy menipu awak? Maaf la esok sy keje.
Encek H : Tinggal kan keje tu dahulu. Business ni mampu bayar balik gaji Miss Cun sekarang. Makan gaji ape la sangat.
Miss Cun mule naik darah. Pantang nenek die org cakap macam tu.
Miss Cun : Maaf la, tu commitment sy. Mana boleh sy tinggal mcm tu sj.
Encek H : Sampai bile nk makan gaji ni. Dengan makan gaji boleh ke awak bg rumah banglo dekat parent awak, boleh ke pakai BMW mcm sy dlm masa 5 bulan dan bla bla bla
Miss Cun : Macam ni la Encek H, sy rs awak ni dh lebey. Sy kurang berminat dengan business yg suka paksa-paksa and control masa sy.
Bahasa encek H dah mula kurang hajar
Encek H : Awak ingat awak dah bekawan dengan anak dato, anak org kaya, awak boleh jadi kaye jugak ker...
dah kenape tetibe ungkit dengan sape aku kawan..
Konklusi nya, sape mamat ni.Mcam die kenal aku pulak..
Btw, suke hati aku la, aku nak kawan dengan anak org kaya ke anak org miskin ke, bapak die dato ke, mak die dato ke.
Ko tk der ke kawan dgan anak dato? Kesian ko!!tak merasa.
Eeh. terkantoi plak. Miss Cun tu aku la.Hahahahahaha
Monday, December 21, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment